Alat percuma
Kalkulator Kos Masa HR Manual
Kerja HR manual nampak percuma sebab tiada invois, tetapi ia makan jam bekerja orang yang anda dah bayar gaji. Kalkulator ini tukar jam tersebut jadi ringgit, dan tunjuk berapa yang berbaloi anda belanja untuk automasi sebelum ia jadi rugi.
| Butiran | Jumlah (RM) |
|---|---|
| Kadar kos sejam orang tersebut | 0.00 |
| Kos jam kerja HR sebulan | 0.00 |
| Kos pembetulan silap sebulan | 0.00 |
| Jumlah kos manual sebulan | 0.00 |
Cara kami kira
Kadar sejam dikira dari gaji bulanan dibahagi 173 jam, iaitu anggaran jam bekerja sebulan untuk minggu 45 jam. Kos pembetulan silap dianggar 1.5 jam setiap kes, sebab satu kesilapan gaji biasanya melibatkan semak semula, betulkan rekod, jelaskan pada pekerja dan buat bayaran susulan.
Kami tidak masukkan andaian jimat automatik. Kalau anda isi kos sistem, kalkulator akan tunjuk berapa peratus masa yang perlu dijimatkan sebelum sistem itu berbaloi. Kalau angka itu tidak realistik untuk saiz syarikat anda, jangan beli sistem.
Nota: Kiraan ini anggaran perancangan berdasarkan angka yang anda isi sendiri. Ia tidak mengambil kira kos tidak langsung seperti risiko pematuhan, moral pekerja atau masa pengurusan atasan.